PARAMESWARA

PARAMESWARA IALAH MAHARAJA JIANWEN DARI DINASTI MING CHINA ⁉️

Parameswara ialah Maharaja Jianwen dari Dinasti Ming China!?

Ini fakta, bukan spekulasi. Soalannya: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi sejarah diri sendiri berdasarkan fakta?

Maharaja Jianwen, dengan nama peribadi Zhu Yunwen (Choo Yoon Boon), ialah Maharaja kedua Dinasti Ming China. Beliau dikatakan beragama ikut neneknya Maharani Besar Ma yang berketurunan Hui Cina, dan isterinya Maharani Ma juga berketurunan Hui Cina. Untuk makluman pembaca, Laksamana Cheng Ho, dengan nama keluarga asli Ma, juga berketurunan Hui Cina yang beragama Islam.

Pada tahun 1402, untuk mengelakkan perang saudara, Maharaja Jianwen melarikan diri ke Nusantara dengan pertolongan saudagar Arab dan sampai ke Pulau Temasek yang di bawah naungan Empayar Hindu Jawa Majapahit. Oleh sebab salah faham, Raja Temasek terbunuh oleh "Pengawal Uniform Mewah" kerana enggan melayan Maharaja Jianwen mengikut istiadat diraja.

Untuk mengelakkan geseran politik dengan Empayar Hindu Jawa Majapahit, Maharaja Jianwen menuju ke semenanjung dan mendirikan Kesultanan Melaka. Beliau digelarkan "Parameswara" (dalam bahasa Sanskrit) atau "Iskandar Shah" (dalam bahasa Parsi) yang bererti Maharaja.

Oleh yang demikian, sejak penubuhan Melaka, Siam dan Majapahit sering menerima amaran tegas daripada Dinasti Ming China supaya jangan mengganggu perkembangan Melaka. Ini jelasnya satu langkah politik yang berat sebelah untuk melindungi Melaka, seolah-olah kasih sayang seorang bapa saudara terhadap anak saudaranya.

Sudah tentu budak-budak sekarang tidak tahu sebarang fakta sejarah ini kerana buku-buku teks sekarang banyak sejarah versi manipulasi, memutarbelitkan sejarah, dan merosakkan pemikiran anak muda menjadi buta sejarah.

Kami mampu berhujah dengan puluhan orang yang berilmu tetapi kami pasti kalah kepada seorang yang tutup hati.

"Berani Kerana Benar" براني كران بنر

❤️🙏🕷✊
Jauhar Academy of Social Sciences (JASS)
(sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

Rujukan:
1. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
2. Sejarah Ming

Ulasan

Catatan Popular